About

Urut Warisan Putrajaya adalah sebuah idea nama yang pada asalnya dicetuskan oleh saudara kandung sebagai sebuah sokongan untuk terus mengembangkan dan mengamalkan kelebihan yang ada pada beliau dengan lebih meluas.

Pada masa ini,  Urut Warisan Putrajaya hanya dikendalikan seorang diri SEPENUH MASA dan hanya untuk golongan wanita sahaja. Oleh kerana itu, UWP belum mampu menampung perrmintaan yang tinggi pada masa ini. Maksimum permintaan sebulan di antara 50 - 60 orang sahaja.




Info berkenaan Pemilik Blog/ Tukang Urut

Dikenali dengan nama samaran Ayue, pemilik blog ini selaku tukang urut yang dimaksudkan, lahir pada 1983, berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Merupakan anak kelima dari tujuh adik beradik.

Bermula pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam ABIM Al-Hikmah, Tg. Mas, Kelantan (1990-1994) & SK Gong Dermin, Kelantan (1995) kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah (A) Naim Lilbanat pada 1996-2000.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Multimedia (MMU), Melaka dalam bidang Teknologi Maklumat. Berkelulusan Bachelor (Hons) of IT - Information Systems Engineering. Mempunyai minat yang amat tinggi dalam bidang Database, Computer Programming, Algorithm & Data Structures. Amat gemarkan sesuatu tugasan yang mencabar kebolehan dalam logical & analytical reasoning.

Setelah tamat pengajian di MMU Melaka, telah bekerja secara freelance sebagai Systems Programmer, kemudian mendapat tawaran pekerjaan di beberapa syarikat swasta di dalam bidang IT selama dua tahun. Selepas itu menyertai perkhidmatan awam pada 2007 sehingga Mac 2015 sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Meletakkan jawatan sebagai penjawat awam dan bermula kerjaya sebagai Juruterapi Saraf sepenuh masa mulai 1 April 2015. 

Jika diamati dari penerangan di atas, beliau tidak pernah mendapat sebarang pendidikan/ sijil khusus dalam bidang urutan. Alhamdulillah, sebagai sebuah anugerah dari Maha Pencipta,   beliau kemudiannya menyedari mempunyai kebolehan mengurut pada awal tahun 2012. Pada mulanya hanya mengurut ahli keluarga keluarga dan rakan-rakan terdekat. Kemudian, permintaan bertambah kerap selepas Urut Warisan Putrajaya diperkembangkan dan diaktifkan secara serius mulai Ogos 2012 bermula dengan page di Facebook.

Pada September 2013 sehingga September 2014, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana - MSc. Advanced Computer Science (Data Analytics) di University of Leeds, United Kingdom. Beliau juga aktif mengurut ketika mempunyai kelapangan semasa berada di sana, permintaan mengurut juga agak tinggi kerana ramai penduduk Malaysia di kawasan berhampiran.

Sehingga kini (Januari 2017), beliau telah mempunyai ribuan pelanggan tetap dan ramai pelanggan baru. Kelainan seni urutan beliau yang amat halus dan teliti hanya dapat dijelaskan dan diekspresikan oleh pelanggan-pelanggan yang pernah mendapat perkhidmatan dari beliau. Alhamdulillah, semuaNya adalah kurniaan yang Maha Esa.

Beliau juga bercita-cita untuk mengembangkan Urut Warisan Putrajaya dengan lebih jauh pada suatu hari nanti. Beliau berhasrat untuk mendalami bidang urutan dan yang berkaitan dengannya terutamanya mengenai saraf dan juga perbidanan. Mohon sama-sama doakan kejayaan beliau!

{Kemaskini pada Januari 2017}

No comments: