Lokasi

Lokasi UWP
NO 5B, JALAN TANAU OFF JALAN NURI, 
TAMAN DESA JENDERAM HILIR, 
43800 DENGKIL, SELANGOR
Rujuk album untuk peta lokasi

Koordinat GPS: 2.8908882,101.7324508 (masukkan dalam GPS/ Google map anda)

Landmark/ Tandatanah 
- Dari Coffee Village Cafe, Desa Pinggiran Putra Kajang: 4km 
- Dari simpang Warung Bunian/ Restoran Tapak Sulaiman, Sungai Merab: 3.5km 
- Dari Sek Menengah Teknik Sepang/ Kolej Vokasional Sepang: 1.7km

Dari kawasan Putrajaya Presint 5/6/ PICC boleh memilih jalan berikut:-
Presint 5/6/PICC -> Persiaran Selatan (Jalan ke Alamanda) -> Ambil Exit Kajang -> Nampak Coffee Village Cafe di sebelah kanan jalan, terus sahaja ke depan sehingga berjumpa lampu isyarat Simpang 3 Sg. Merab. Ambil kanan, nampak signboard SM Teknik Sepang. Terus lagi sehingga anda nampak SM Teknik di sebelah kanan, dan ada sebuah jambatan dan kawasan perkampungan. Anda sudah memasuki kawasan Taman Desa Jenderam Hilir. Di sebelah kanan ada banyak lorong dengan nama burung. Cari Signboard bernama Jalan Tanau. Dari arah ini, signboard agak terlindung oleh daun pokok. Tips untuk mengelakkan terlepas lorong, jika anda nampak signboard Jalan Enggang, lorong Jalan Tanau adalah selepas Jalan Enggang. Terus signal kanan dan masuk lorong betul-betul selepas Jalan Enggang. Anda akan melihat signboar Jalan Nuri di sebelah kiri sejurus memasuki Jalan Tanau. Lokasi rumah secara tepat akan dimaklumkan dengan mesej peribadi.
Keadaan jalan dari Simpang 3 Sg. Merab ke SM Teknik Sepang agak gelap ketika waktu malam. Sila berhati-hati semasa memandu.
Dari Presint 18 menggunakan Persiaran Timur (U turn di Flyover Alamanda) kemudian ambil exit Kajang: 14km
Dari Presint 18 menggunakan Persiaran Selatan (melepasi kawasan Desa Pinggiran Putra di sebelah kanan): 11km
Dari Presint 9 melalui Presint 4/5 dan Persiaran Selatan: 19km
Anda boleh menggunakan alternatif dengan melalui kawasan Pekan Dengkil dari Putrajaya tetapi jalanraya juga agak gelap sepanjang dari Simpang 4 Dengkil ke Jenderam Hilir. Dari Presint 9 walaupun menggunakan hiway Cyberjaya, jarak adalah lebih kurang 25km.

No comments: