{Kemaskini pada 17 April 2016}
NOTA PENTING UNTUK PERHATIAN BAKAL PELANGGAN ATAU PELANGGAN BARU JUGA RUJUKAN BAGI PELANGGAN SEDIA ADA
NOTA PENTING UNTUK PERHATIAN BAKAL PELANGGAN ATAU PELANGGAN BARU JUGA RUJUKAN BAGI PELANGGAN SEDIA ADA
KERJASAMA ANDA DIPOHON UNTUK MEMBACA DAHULU MAKLUMAT DI SINI SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN DAN MENGEMUKAKAN SOALAN LANJUT
TERIMA KASIH
MAKLUMAT AM
- Urut Warisan Putrajaya adalah khusus untuk golongan wanita sahaja
- 100% urut tradisional yang sangat teliti dan unik serta amat dijamin berlainan dari urutan lain yang pernah anda nikmati sebelum ini
- Seni urutan yang disulami kesungguhan yang tinggi dan keikhlasan untuk membantu memulihkan sakit/ masalah pada pelanggan
- Oleh kerana fokus tukang urut adalah bagi membantu pelanggan mendapat kepulihan yang lebih lama (mengelakkan sakit/ masalah berulang dengan kerap/ lebih cepat) dan memberikan rasa kepuasan yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata, maka setiap sesi urutan adalah berbeza mengikut keadaan pelanggan. Pelanggan akan diurut sehingga tukang urut juga berpuas hati dapat membantu dan memberikan servis terbaik.
- Kepuasan pelanggan yang pernah mendapat servis Urut Warisan Putrajaya menjadi bukti kepada mutu dan kualiti yang tidak terbanding oleh seni urutan oleh pihak lain (Alhamdulillah, semua kuasa Allah Yang Maha Mengizinkan)
- Kawasan servis ialah Putrajaya dan sekitarnya.
- Pada masa ini hanya dikendalikan oleh seorang tukang urut sahaja
- Beroperasi dari rumah, bukan kedai atau spa
- Permintaan mengurut adalah tinggi dengan kapasiti terhad seorang tukang urut sahaja, maka pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya 6-8 minggu lebih awal daripada tarikh yang dikehendaki
- Sila like Facebook Urut Warisan Putrajaya untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual urut terkini serta info kesihatan yang menarik.
- Owner Urut Warisan Putrajaya ialah Puan Ayue Ismail dan maklumat ringkas beliau boleh juga dirujuk pada ABOUT blog ini.
- Soalan berkisar hal peribadi tidak akan dilayan.
SLOT
- Pagi 08.00 am - 11.00 am
- Tengahari 12.00 pm - 02.00 pm
- Petang 3.00 pm - 05.00 pm
- Malam 8.15 pm - 12.15 am
PERJALANAN KE RUMAH PELANGGAN
- Perjalanan ke rumah pelanggan tertakluk kepada jarak serta tempoh berurut yang ditempah. Jika pelanggan mengumpulkan 2 atau 3 org serentak di satu lokasi, tempahan anda lebih diutamakan berbanding dengan seorang sahaja di satu lokasi.
- Pelanggan perlu datang sendiri ke UWP untuk berurut pada waktu malam kerana perjalanan ke rumah pelanggan tidak dilakukan pada waktu malam
TEMPAHAN SESI MENGURUT
- Tempahan boleh dilaksanakan dengan menghubungi melalui Whatsapp 012-9693077. Pada masa ini, jadual tidak lagi dipaparkan secara online kerana demand terlalu tinggi.
- Sila like Facebook Urut Warisan Putrajaya untuk makluman jika ada pihak yang membatalkan sesi urut pada saat akhir.
- Sila ambil maklum bahawa setiap sesi urut boleh mencecah minimum 2 jam dan maksimum 5 jam. Maklumkan lebih awal kepada pihak yang menghantar anda, jika anda datang dengan tidak memandu sendiri.
TEMPAHAN UNTUK URUT BERSALIN
- Pada masa ini, UWP tidak menerima lagi tempahan urut bersalin kerana memfokuskan kepada urutan saraf sahaja. UWP juga tidak mempunyai sebarang pakej pantang/ bersalin. Sila rujuk di sini bagi senarai tukang urut bersalin.
JADUAL TEMPAHAN YANG SENTIASA PENUH, PERMINTAAN AGAK TINGGI
- Pada masa ini, jadual tidak lagi dipaparkan secara online kerana tidak mampu menampung permintaan pelanggan. Sila buat tempahan 6 ke 8 minggu lebih awal kerana senarai menunggu boleh mencecah 100 orang dan jadual mengurut 2 bulan terkedepan akan sentiasa penuh.
- Bagi mengelakkan pelanggan terlepas pandang untuk membuat tempahan, sila like Facebook Urut Warisan Putrajaya untuk sentiasa mendapat maklumat terkini.
TEMPAHAN SECARA AD-HOC
- Memandangkan sesi urut sentiasa penuh, permintaan mengurut secara ad-hoc sukar dipenuhi melainkan jika pelanggan pada hari tersebut membatalkan tempahan pada saat-saat akhir. Pelanggan boleh cuba mengemukakan pertanyaan untuk mendapatkan sesi urutan secara ad-hoc, mungkin juga rezeki anda ada pada hari tersebut. Disarankan juga untuk merujuk jadual atau informasi terkini yang dipaparkan di Page terlebih dahulu kerana jika ada pelanggan membatalkan tempahan dengan memaklumkan lebih awal, sesi tersebut akan dibuka semula dan makluman akan dipaparkan di Page.
KELEBIHAN SENI URUTAN OLEH URUT WARISAN PUTRAJAYA
Urutan tradisional yang amat unik, teliti yang disulami perasaan ikhlas dan bersungguh-sungguh membantu pelanggan ini berkesan/ dapat membantu untuk:
- Mengurangkan stress
- Mengendurkan ketegangan urat saraf
- Mengeluarkan angin yang terperosok dan mendiami otot dan urat saraf
- Membetulkan dan meluruskan kembali urat saraf yang tersimpul
- Meleraikan punca sakit lutut, betis, peha, tumit yang disebabkan oleh "sciatic nerve pain"
- Mencungkil keluar angin yang menyorok di celah2 tulang belikat & rusuk yang menyebabkan tangan/ bahu/ belikat mudah lenguh.
- Merawat masalah susu badan yang tidak lawas/ kurang
- Mengurangkan sakit kepala, kembung perut, sebu yang disebabkan angin-angin sesat dalam badan
- Merawat perut cekang
KESAN SELEPAS URUTAN
- KELEGAAN akan dapat dirasai terus selepas diurut. Wajah juga kelihatan bertambah berseri kerana segala sel-sel badan sedang dipulihkan & berfungsi dengan baik. Badan juga terasa lebih ringan dan segar.
- Walaubagaimanapun untuk kes-kes tertentu di mana jika seseorang pelangggan mempunyai terlalu banyak angin, akan terasa sakit/ lebam (tiada kesan biru/ hitam pada kulit, tapi terasa di dalam otot-otot/ urat) akibat bekas tekan untuk dipecahkan angin yang tebal. Kesan ini akan hilang sepenuhnya selepas 3 hari, insya Allah. Sedikit rasa sakit untuk kelegaan lebih lama. Jika angin tidak dileraikan sepenuhnya, senang berulang sakit urat/ lenguh badan.
- Sesetengah pelanggan yang mengalami banyak masalah, perlu melakukan sesi ulangan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
SENARAI ALBUM YANG BERKAITAN
- Sciatic Nerve Pain
- Sciatic Nerve Pain Exercise ** Sciatic Nerve Pain = Sakit urat monggeng/ tungking
- Perut Cekang
- Sakit Belikat/ Tulang Kipas/ Masalah susu badan
- Beza Otot dan Urat Saraf
- Testimoni Urut Warisan Putrajaya
PERKHIDMATAN LAIN
- Sauna dan bekam (Mulai Julai 2016)
Yang baik-baik itu semua dari Allah Yang Maha Mengizinkan, Maha Pencipta.
Yang lemah dan kurang itu di atas kesilapan saya sendiri.
Mohon maaf di atas kekurangan, jika ada.
No comments:
Post a Comment