Jadual Terkini

Untuk makluman semua pihak, jadual tidak lagi dipaparkan di blog bermula Disember 2015 lalu memandangkan demand adalah di luar kawalan. Jadual atau tarikh yang available hanya akan diberikan melalui whatsapp sahaja.

Senarai menunggu setiap bulan boleh mencecah kepada 100 orang, sedangkan sebulan hanya mampu menerima di antara 30 ke 45 orang sahaja kerana UWP mengurut teliti dan lama, serta tidak mahu mengubah waktu urutan kepada lebih singkat kerana bimbang pelanggan tidak mencapai kepuasan serta di pihak UWP sendiri tidak berpuas hati kerana mengurut di atas tekanan masa.

Waktu menunggu pula dari 3 minggu sudah menjadi 8 minggu, bermaksud jika pelanggan berhubung hari ini bagi proses booking, maka date paling awal berkemungkinan di antara 6 ke 8 minggu lagi.

Saya akan cuba atasi perkara ini agar dapat memuatkan lebih ramai pelanggan dalam masa sehari. Insha Allah. Doakan kesihatan saya untuk terus membantu anda.

Untuk booking, sila whatsapp saya di 012-9693077.  

No comments: