Fidyah & Caj

FIDYAH/ MAHAR PERKHIDMATAN MENGURUT
Kadar fidyah bermula Mei 2016
Tempoh Fidyah Tempoh Fidyah
1 RM 70 1.5 RM 110
2 RM 140 2.5 RM 170
3 RM 200 3.5 RM 230
4 RM 250 4.5 RM 280
5 dan lebih tambahan RM30 setiap 30 minit atau RM50 setiap sejam
Pelanggan yang pernah berurusan dengan UWP telah maklum bahawa tempoh urutan dan rawatan pada setiap individu adalah berbeza, tertakluk kepada saiz badan, jenis sakit yang dialami dan tahap kesakitan serta pelbagai faktor yang lain seperti ketebalan angin & toksin yang menyelaputi tubuh/ daging/ urat yang perlu dipecahkan sebelum dapat merawat urat saraf yang bermasalah di sesuatu kawasan yang memerlukan rawatan teliti. Tempoh berurut tidak disesuai dipendekkan atau dipanjangkan di atas permintaan, kerana masa sebenar tidak dapat ditentukan. Anggaran kes kebiasaan adalah 3 jam.
Deposit yang akan dikenakan adalah RM100. Jika tempoh urutan adalah 1.5 jam atau kurang, wang baki akan dikembalikan kepada pelanggan. Walaubagaimanapun untuk situasi ke rumah pelanggan yang jaraknya lebih dari 20km tetapi urutan kurang 2 jam, agak tidak berbaloi jika masa perjalanan lebih panjang dari masa rawatan.
CAJ PERJALANAN
Bagi perjalanan ke lokasi pelanggan, caj adalah seperti di bawah (belum termasuk kos tol). Pengiraan jarak adalah bermula dari lokasi UWP ke lokasi pelanggan. Alamat tepat diperlukan bagi pengiraan jarak. Kebiasannya pelanggan akan bertanyakan dahulu berapa caj yang dikenakan untuk perjalanan ke lokasi mereka sebelum bersetuju mengesahkan tempahan.
Jarak sehala Pergi & balik Anggaran masa Caj
20 km dan kurang 40 km dan kurang 20 minit sehala RM 20 (Flat rate)
21 km dan lebih 42 km dan lebih 30 - 60 minit sehala RM 0.50/km pergi dan balik
Sila kumpulkan sekurang-kurangnya 2 orang bagi lokasi atau kawasan lebih 30km sehala supaya anda dapat berkongsi atau menjimatkan kos perjalanan. Sehingga ini (April 2016), UWP masih menanggung caj tol dan tidak menuntut caj tersebut dari pelanggan. Caj tol setakat ini (di bawah RM10) masih dianggap termasuk di dalam caj perjalanan sehingga sebarang perubahan dimaklumkan kelak.
Caj yang dinyatakan di atas adalah caj tetap dan muktamad. Walaubagaimanapun UWP sentiasa bertolak ansur dengan pelanggan, seperti tidak berkira kos tol, kos perjalanan (masa, petrol) serta lebihan waktu mengurut tertakluk di atas budi bicara yang munasabah. So, don't worry, kerana pelanggan kesayangan dan tetap UWP akan sentiasa mendapat diskaun istimewa dari UWP, terutamanya untuk situasi pelanggan dikumpulkan 2 orang setempat kerana anda membantu menjimatkan masa perjalanan UWP.
Bagi yang bertanya kenapa caj perjalanan "mahal"? Caj perjalanan yang dikenakan adalah merangkumi kos berikut:-
  1. Kos petrol (Ada turun, ada naik, tak menentu)
  2. Kos masa (Ini yang paling mahal sebenarnya, masa...)
  3. Risiko disaman AES/ PDRM/ PBT jika terkejar masa, tersalah parking, terpandu laju.
  4. Risiko kesesakan lalulintas (Menjejaskan masa untuk berurut)
  5. Risiko cuaca panas/ hujan (Panas jadi mengantuk, hujan menyebabkan pandangan kabur).
  6. Masalah parking di tempat yang sesak
  7. Maintenance kenderaan (Tayar, Alignment, Minyak Enjin)
  8. GPS, Internet (Waze/ Google Map)
  9. Kos Tol (Lagi mahal dari petrol)
Semua yang di atas ni bukan percuma, ada kos masing-masing yang perlu ditanggung oleh pihak saya. Jika ada pihak yang berkira-kira kerana kos travelling ini, saya cadangkan anda datang sendiri ke lokasi saya. Kos dan risiko perjalanan di pihak saya mahupun anda adalah sama sahaja.