Jenis Urutan

Servis urutan khas dan menyeluruh dari Urut Warisan Putrajaya merangkumi perkara yang berikut secara menyeluruh:-

1- Urut memperbetulkan masalah urat saraf seperti terseliuh, urat tersepit, sciatic nerve pain (sakit pinggang yang menjalar ke peha, lutut, betis dan seluruh kaki sehingga tumit dan tapak kaki), urutan masalah carpal tunnel syndrome (kebas tangan dan jari).

2- Urutan membuang bisa-bisa badan akibat dari gas dan angin sesat serta toksin yang berlebihan dalam badan.

3- Urutan untuk masalah gemuk air dan angin, masalah sembap kaki atau mana-mana bahagian badan yang lain.

4- Urutan untuk sakit belikat, bahu, tersalah urat rusuk yang menyebabkan sebahagian badan cepat lenguh dan lesu.

5- Urutan bengkak susu.

6- Urutan untuk memulihkan dan menstabilkan aura dalam badan serta membuang tenaga negatif yang terkumpul di dalam badan pesakit.

7- Urutan bagi merawat masalah emosi, tekanan perasaan di dalam persekitaran seharian, memulihkan semangat dan rohani, menstabilkan kecelaruan fikiran akibat dari aktiviti kehidupan seharian.

8- Urutan wajah untuk mengatasi masalah mini-stroke @ hemifacial stroke akibat dari stress yang tidak kelihatan.

9- Urutan buang dan pecahkan angin yang sesat yang tersekat, tidak mampu mencari jalan keluar dalam keseluruhan badan.

10- Urutan bagi merawat masalah gastrik, kembung dan migrain.

11- Urutan merawat masalah gangguan makhluk halus pada badan pesakit. (Jika kes berat yang tidak sesuai diselesaikan dalam sesi urutan, perlu aturkan sesi rawatan khusus yang lain).

12- Urutan masalah sakit lutut tak kira pada usia muda atau warga emas.

13- Urutan masalah sakit pinggang dan belakang.

14- Urutan sengkak peranakan.

15- Urutan sengkak pundi kencing bagi masalah kencing tidak lawas.

16 - Urut meleraikan masalah cramp betis @ simpul mengkarung

17- Urut masalah sakit tumit

18 - Urut segala jenis penyakit berpunca dari urat dan saraf yang tersumbat, bersimpul, bertindih, tenggelam, saraf pasif.

19- SENGKAK ISTIMEWA MAHKOTA KEWANITAAN 
Urutan sengkak tundun - memperbetulkan urat tegang dan berselirat, memecahkan angin di kawasan tundun bagi mengembalikan mahkota kewanitaan. Sengkak tundun hanya dilakukan ketika tidak mengalami haid.

20- Urutan ikhtiar merawat masalah cyst, endo, fibroid dan ketumbuhan yang berkait gangguan jin / saka, urutan buka kunci rahim (yang dijarakkan kehamilan oleh bidan sblm nya), urutan ikhtiar bagi mendapat zuriat - sukar hamil kerana gangguan jin.

21- Urutan ikhtiar bagi merawat masalah senggugut yang serius, urutan merawat masalah haid tidak teratur & tidak lawas. Insha Allah akan melancarkan haid serta mengurangkan / menghilangkan senggugut.

Dan pelbagai lagi jenis urutan yang ALL INCLUSIVE dalam satu sesi urut yang anda sendiri perlu nikmati.

Urutan saya adalah jenis urutan susur urat, tuju urat, cungkil urat, sikat urat, sisir dan susun urat kepada tempat asal serta memulihkan urat saraf yang bermasalah, insha Allah.

Kita ikhtiarkan, Allah yang menyembuhkan dengan izinNya.

........

Kebaikan urutan secara menyeluruh ini insha Allah sebagai ikhtiar untuk mendapat penyelesaian seperti berikut:-

1- Meraih kesihatan urat saraf secara optimum kerana keseluruhan badan akan disemak dan diurut serta dirawat tanpa "skip" bahagian2 tertentu.

2- Menjimatkan kos masa serta kewangan kerana hanya sekali urutan dapat menikmati servis ALL INCLUSIVE.

3- Urat saraf yang bermasalah akan dapat pulih sepenuhnya tanpa pembedahan hospital bagi sesetengah penyakit yang mendapat rawatan urut lebih awal sebelum tahap kronik seperti sakit lutut (tak perlu inject gel jika bukan masalah arthritis), Carpal tunnel syndome serta sakit pinggang yang hampir kepada slipped disc jika sentiasa membuat rawatan urut secara berterusan dan konsisten.

4- Melancarkan perjalanan darah secara menyeluruh.

5- Menyihatkan dan menyegarkan badan, menerbitkan aura positif di dalam diri.

6- Dapat membuang angin dan toksin dalam badan.

7- Dapat mengelakkan masalah saraf pasif, atau mencegah badan dari mendapat penyakit saraf atau stroke akibat tekanan kerja seharian yang tidak stabil kerana persekitaran kerja dan cara hidup.

8- Dapat mencuci sisa darah haid dan nifas bagi wanita selepas bersalin dan haid kerana keseluruhan urat saraf kembali berfungsi dengan normal. 

9- Dapat membuang makhluk halus yang menginap pada jasad dan menambah lagi beban sakit.

10- Mengembalikan kesejahteraan rumahtangga, meningkatkan prestatsi dan kenikmatan hubungan intim antara suami dan isteri kerana urat di kawasan tundun telah dibaikpulih. 

Kenyataan di atas adalah melalui pengalaman sebagai Juruterapi Saraf selama 5 tahun. Saya bukanlah doktor, namun menawarkan rawatan alternatif untuk kesihatan jasmani dan rohani untuk jangkamasa panjang, insha Allah.

Fidyah @ Mahar rawatan ALL INCLUSIVE adalah seperti berikut:-

2.0 Jam RM140
2.5 Jam RM170
3.0 Jam RM200*
3.5 Jam RM230*
4.0 Jam RM250*

*Tidak termasuk travelling.
*Minimum 2 jam setiap urutan.
*Tiada urutan 1 badan untuk sejam.
*Masalah saraf dan angin kronik memakan masa lebih 2 jam.

Kadar mahar @ fidyah tersebut adalah bersesuaian dengan risiko kepada saya sebagai juruterapi yang menanggung tempias rawatan dan urut yang dijalankan terhadap pesakit samada sebelum, semasa atau selepas sesi rawatan berlangsung selain dari kos masa dan tenaga serta urutan teliti yang memerlukan fokus yang tinggi terhadap setiap pesakit. Ini bukan urut sedap2 gosok2 manja2 seperti di spa. Ini adalah urutan dan rawatan pemulihan secara menyeluruh untuk zahir dan batin, insha Allah. 

Travelling untuk seorang pelanggan terhad maksimum 30km sehala. Untuk jarak 31-50km sehala, perlu mengumpulkan 2 atau 3 pelanggan serentak (bergantung kepada lokasi) untuk sesi 2 jam dan ke atas bagi setiap seorang.

Sesi adalah seperti berikut:-

Sesi 1: 8am - 10.30 am
Sesi 2: 12pm - 2.30 pm
Sesi 3: 3pm - 5.30pm
Sesi 4: 8.30pm -11.30pm

Sila whatsapp ke 012 9693077 untuk memasukkan nama anda ke dalam waiting list jadual seterusnya atau bertanyakan maklumat lain yang berkaitan.

No comments: