Friday, December 26, 2014

Cara mengelakkan badan masuk angin

Ramai pelanggan kerap bertanyakan saya bagaimana cara untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan. 

Sebenarnya, ada pelbagai cara bagaimana angin boleh terbentuk dalam badan kita. Sebelum saya meneruskan catatan, penerangan ini adalah hanya berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri, tiada kajian khas atau fakta rujukan untuk saya letak sbg sokongan... Saudara/i sendiri pun mgkin dapat merasai simptom/ kesan ini dari pemerhatian badan sendiri.

Angin adalah di antara toksin di dalam badan, samada berbentuk gas, ataupun gas bercampur cecair yang kadangkala boleh menyebabkan bengkak/ sembap kepada bahagian badan. Kadangkala, ketulan angin yang terlalu lama boleh menjadi spt cyst di dalam badan, terasa keras seperti bebatu kecil bila disentuh dan sukar dipecahkan. Hanya dengan pemakanan seimbang/ pengambilan supplement/ exercise yang betul dapat menghilangkan angin yg berketul spt batu ini. Bila ketul sudah terlalu keras, memang x boleh paksa utk dipecahkan kerana akan mengundang bahaya kepada badan. Angin yang kadangkala berada di atas tulang seperti lutut, pinggang, tulang belakang, rusuk belakang, belikat, dada dll jika terlalu lama boleh menyebabkan arthritis/ sakit sendi, angin ini (toksin) akan menghakis tulang itu sendiri jika tidak dirawat. Selain itu, ia akan menyebabkan rasa bisa2 dan lenguh pada badan. 

Angin terbentuk dari bahan yang dimakan. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap makanan yang diambil, maka anda harus perhatikan makanan apakah yang buatkan badan anda rasa panas/ tidak selesa. Antara makanan yang kerap dikategorikan menyebabkan angin ialah:

Sayur: yang berair di dalamnya seperti mentimun, petola, terung
Segala jenis sayur kacang- kacang panjang, buncis, taugeh, soya
Buah: Cempedak, nangka
Minuman: Berkafein spt Kopi, Teh
Makanan yang diperoses berkali2 sblm dimakan spt Bihun goreng, mee goreng, kuey tiau goreng
Makanan bersantan - kebanyakan menyerang org sakit gastrik spt nasi lemak, nasi dagang, pulut dikukus dgn santan

Dan banyak lagilah.

Makanan yg disenaraikan di atas hanyalah contoh. Tak semua makanan tu akan sebabkan tindakbalas menjadi angin dalam badan seseorang, macam saya sendiri hanya boleh minum air nescafe/ coffee sahaja, tak boleh minum air sirap/ oren bancuh masa kenduri nanti jadi serang kepala terus- naik angin... So, antara tindakbalas ni anda kena take note dan elakkan sendiri lah makan next time utk elak jadi angin dlm badan lalu sebabkan bisa2 dan lenguh2 serta sakit urat.

Selain dari pemakanan, satu lagi ialah lifestyle. Kerja terlalu banyak duduk atau berdiri, menyebabkan angin di kawasan pinggang, peha, betis dan juga belikat. Bagaimana cara nak elakkan angin terbentuk dengan lifestyle yang passive ni? Anda perlu lakukan Computer/ Desk Stretches, setiap 2-3 jam.. buat personal stretching utk elakkan angin berkumpul terlalu lama di kawasan2 tertentu.

Selain itu, anda boleh elakkan angin masuk dari tapak kaki dengan memakai indoor sandals bila berada di dalam rumah yg berlantai sejuk (simen/ mozek). Pakai yang beralas tebal mcm untuk winter tu, yang tutup keseluruhan tapak kaki dan atas kaki sampai pergelangan. selipar jepun pun tak digalakkan dalam rumah sebab tak bertutup penuh, malah kalau pakai selipar jepun pun dgn cara menyeret yang salah, akan sebabkan urat masuk angin, rasa urat2 kat jari2 kaki tu mcm nak tarik je, pastu rasa sakit sampai urat pinggang (menjalar ke betis, peha)... Kalau jumpa sandal yg betutup penuh tu amat sesuai pakai dalam rumah, terutama musim hujan yang sejuk ni, bila nak duduk lama2 spt memasak kat dapur.. masa tu la sbnrnya paling banyak angin masuk ke badan melalui tapak kaki. begitu juga masa buat kerja rumah spt menyapu mengemas mengemop, pakailah alas yang tebal utk mengelakkan tapak kaki menyerap sejuk lantai.

Kalau pergi ofis/ keluar rumah pun seeloknya pakailah kasut/ sandal bertutup. elakkan yang terbuka.. cuba lah try jalan kat shopping mall ber-aircond dgn selipar jepun nipis.. tak sampai sejam anda rasa cepat lengguh dan sakit sampai tulang pinggang. cuba tengok balik jenis kasut yg anda pakai masa keluar dari rumah.. adakah itu penyebab utama badan anda mudah masuk angin? Cuba pula tukar kasut yang lain.. tentu anda akan rasai perbezaannya. Paling tak pun kalau anda pakai stokin dgn kasut terbuka, at least dpt elakkan angin masuk dari kaki... Cubalah dulu..

Sayangi kesihatan anda...

No comments: