Assalamualaikum.
Sejak menjadi ahli produk USANA pada 2012, saya telah mencuba pelbagai rangakaian produk USANA. Sense Gentle Daily Cleanser, Hydrating Toner dan Rice Bran Polisher (scrub) adalah kegemaran saya untuk kesihatan kulit wajah. Sejak saya menggunakan USANA, terasa pencuci muka lain tak boleh menandingi kepuasan seperti menggunakan Sense, masa di UK dulu pun saya sanggup order berbotol-botol untuk buat stok dan minta kawan pos kerana effect memakai pencuci muka berkimia jenama lain tu lagi teruk masa kat sana, kulit wajah jadi kering dan menggelupas serta timbul bintik-bintik. Rangakaian Sense USANA tidak mengandungi bahan kimia dan selamat untuk kulit.
Memang saya cari Sense semula lah. Walaupun di UK boleh order je kerana keahlian Usana adalah international. tapi proses penukaran alamat sementara tu agak leceh juga. Harganya standard dan sama saja, cuma kalau order dari Malaysia, saya tambah kos pengeposan. Dan rangakaian produk yang dipasarkan di Malaysia kebiasannya dah mendapat sijil Halal Jakim, jadi saya tak was-was. Produk Usana yg dibawa masuk ke Malaysia mempunyai Sijil Kelulusan KKM dan juga Sijil Halal Jakim, kadangkala untuk pasaran negara yang ramai pengguna Muslim, memang company akan dapatkan pengesahan khas dan kandungan memang khas dari bahan halal berbanding negara lain kerana pengguna sensitif terhadap bahan yang digunakan.
Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan Vitamin C - Poly C USANA. Selain bertujuan meningkatkan sistem immunisasi badan, Poly C juga mencantikkan kulit. Lately ni dengan cuaca panas dan tidak menentu, berhabuk dan berdebu, saya mudah mendapat tonsil. Masa ni pemakanan Poly C amat membantu untuk meredakan sakit dan bengkak serta memulihkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Saya cuba untuk tidak bergantung kepada antibitotik seperti sebelum ini dan berpantang memakan makanan berminyak, pedas dan lebihkan pengambilan Vit C dan mengambil dengan lebih kerap ketika mempunyai masalah tonsil, dan Alhamdulillah setelah 6 hari saya cuba mengawal pemakanan, minum air mineral sahaja dan makan Vit C dengan lebih kerap, tonsil saya semakin hilang. Secara tak langsung Poly C menggantikan Dos Antibotik yang saya biasa ambil. Saya berpantang di atas saranan Doktor kerana tonsil saya masih belum teruk, belum pada tahap bernanah atau berdarah, beliau enggan memberikan antibiotik untuk mengelakkan sistem badan saya immune dengan antibiotik yang kemungkinan akan menimbulkan masalah lain di masa hadapan. Alhamdulillah... Hari ini saya rasa masalah tonsilitis telah beransur hilang.
Saya notice, kulit wajah turut menjadi halus, mulus, tidak kusam dan lebih cerah semasa saya mengamalkan pemakanan Poly C dengan lebih kerap ni. Pelanggan urut saya juga, dari dulu sentiasa bertanya, apakah saya pakai pada wajah dan apa yang saya makan untuk hasil kulit yang licin dan halus. Jawapan saya ialah Sense Skincare dan Poly C. Poly C ini alah "Optimiser", maksudnya, adalah untuk mengoptimumkan kesan kepada kulit. Maksudnya, Poly C hanya akan lebih berkesan jika dimakan bersama Essentials. Mengambil Essentials sahaja sebenarnya sudah memadai sebagai vitamin dan mineral asas untuk badan kita. Tanpa Essentials, Poly C masih boleh berfungsi tetapi tidak fully optimised. Untuk melengkapkan kedua-dua fungsi, disarankan Poly C dimakan bersama Essentials, atau sekurang-kurangnya mengambil Essentials sekali sehari untuk kelancaran menyeluruh yang paling asas.
Ok. Cerita set Essentials pula. Essentials ni yang paling asas, mesti ambil dahulu berbanding dengan optimisers yang lain. Ia datang secara pakej 2 botol, AO Pro dan Chelated Minerals. Inilah permulaan saya kenal USANA dulu, backpain saya berkurang semasa ambil Essentials ni selama 10 hari. Saya juga punyai masalah kulit gatal dan allergic di celahan peha, bila berpeluh memang tak tahan gatal nak menggaru, bila makan makanan yang tak fresh kat kedai, terus effect di celahan peha. Kulit yang asalnya tiada masalah jadi menggerutu dan hitam. Saya alami masalah ni sejak di zaman universiti (tahun 2004) dan sehingga 2012 baru saya dapat atasi masalah tersebut bila mengamalkan essentials sekali sehari. Gatal-gatal telah hilang, kulit menjadi licin dan lebih cerah. Alhamdulillah. Bila dah rasai sendiri kesan pengamalan yang berterusan, saya memang tak skip makan supplements ni.
Harga-harga produk di atas adalah seperti berikut:-
Sense Gentle Daily Cleanser: RRP RM 90
Sense Hydrating Toner: RRP RM 90
Poly C: RRP RM 110
Essentials: RRP RM 238
Postage (CityLink direct from HQ): RM 10
Pembelian melalui saya akan mendapat harga istimewa.
Diskaun di antara RM 10 - RM 50 bagi setiap item berdasarkan barangan yang terpilih.
Lebih banyak barang yang dibeli, lebih diskaun akan diberikan.
SMS/ Whatsapp +6012 969 3077 untuk membuat tempahan.
No comments:
Post a Comment