Sunday, March 8, 2015

Sihat dan Langsing dengan BiOmega™ Usana

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak cerita pengalaman sendiri selepas mengamalkan Biomega III dari Usana. Asalnya saya terjebak dalam USANA ni kerana nak try set kurus (Nutrimeal Shake + Essentials) tapi saya tak berjaya kurus sangat pun masa tu, asyik pening dan sakit kepala bila hanya boleh makan Apple utk try RESET programme tu. 5 day RESET tu dia claim akan hilang 3-5 kgs dlm 5 days.

Masa tu pun saya tak faham sangat ragam badan sendiri (bukan salah produk) dan juga bimbingan dari upline yang tak experience sendiri - dia pun kurus, hehe. Cuma, gastrik saya ni jenis memang kena makan heavy juga pagi, kalau tak, badan akan masuk angin dan jadi sakit kepala. Maka, 10 days RESET tu memang membazir sajalah masa tu sebab saya memang jadi sakit kepala je.. Berat ada turun sedikit, okaylah. Tapi yang paling memikat hati masa tu vitamin Essentials tu (AO Pro dan Chelated Minerals) sebab bila makan vitamin ni, rasa energetic sedikit dan backpain yang saya alami sebelum tu makin berkurang. So, saya sign up jadi member. Ambil pakej yang boleh cuba banyak produk (hampir semua).

Saya ni jenis yang memang kawal pemakanan sebab nak kawal berat badan. Sejak 2003 lagi memang jenis diet tak ambil sangat nasi, tp situasi sebagai pelajar, tak boleh nak elak juga. Bila naik berat, saya diet semula, on dan off. Diet ni bukan untuk kurus sangat tapi saya nak elak juga penyakit keturunan seperti kencing manis dan darah tinggi. Sementelah pula saya kena GDM masa mengandung dulu, lagi lah saya kawal karbohidrat. Selepas bersalin, GDM tu hilang. Tapi saya mesti kawal juga sebab risiko masih ada. Saya juga selalu membuat pemeriksaan kesihatan yang percuma di mana-mana booth pameran kalau saya terserempak, sebab nak monitor sendiri paras gula tu, memang OK.. tapi tahap kolesterol saya walaupun dgn keadaan selalu diet ni, level kolesterol sentiasa tahap borderline (4.9). Tu masa saya belum ambil USANA.

Sebelum saya amalkan Biomega III USANA ni, bila saya kerap makan nasi je berat badan mudah naik sedikit. Tapi bila saya ambil Biomega III, berat badan maintain walaupun ambil nasi. Dan paling saya suka, bila mengurut pelanggan, saya mudah burp kan angin yang tersekat, jadi ia taklah mengganggu dan terkumpul dalam badan saya. Dua sebab ini saja yang buatkan saya konsisten dengan Biomega III ni. Masa tu tahun 2012.

Pada Mac 2013, jabatan lama saya telah ditawarkan menjadi perintis program dari Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya. Ada dana besar yang diberikan kepada jabatan untuk program menyeluruh bagi mereka yang terpilih, terdiri dari mereka yang Obese dan overweight. Masa tu berat saya 69kg... Obese tahap 1 rasanya semasa penilaian tu, dan paling saya terkejut, walaupun saya obese tetapi semasa pemeriksaan kolesterol, dah turun dari 4.9 kepada 3.8! Fuh... dulu masa diet beria-ia tapi tanpa sebarang supplements, kolesterol saya borderline tp skrg takdelah diet sangat, hanya kawal saja pemakanan dan obese pula tu, tahap kolesterol dah cun. Saya syak tentu kerana Omega tu sebab memang matlamat utama Omega tu adalah untuk pengawalan kolesterol dalam badan.. So, walaupun saya obese tapi saya puas hati!

Saya mengikuti program tersebut dan dalam masa beberapa bulan, berat badan saya turun kepada 62kg. Kiranya agak banyak juga ni. Masa ni dah mula strict sikit. Penurunan tu dalam tempoh 2-3 bulan. Saya tak sempat nak dapat hadiah antara top 10 pemenang program.. patutnya dapat, hehe.. masa tu saya dah fly ke UK masa pemenang diumumkan.

Masa saya ke UK, saya bawa supplements tapi tak istiqomah pula. Kesan dia, memang berat badan naik mendadak sebab susah nak kawal makan nasi dalam cuaca sejuk. Nak adapt tu satu hal, perut asyik berkerongcong dan dalam kepala asyik nampak nasi saja. Sudahnya, saya naik juga berat badan selepas setahun di sana.

Dan sekarang ni sejak balik ke Malaysia, saya start semula makan Biomega III ni. Saya tak semak lagi tahap kolesterol terkini. Setakat ni saya dah habiskan dalam 1 botol Biomega III (ada 56 kapsul) kadang2 saya makan 2 biji sehari (sekaligus samada waktu pagi atau malam) atau 4 biji (2 pagi dan 2 malam) terutama selepas makan dan sebelum mengurut pelanggan supaya angin mudah dikeluarkan. Tak ada langsung niat nak kurus masa ni...



Saya perasan bila dah habis 1 botol dalam sebulan kebelakangan ni, seluar saya makin longgar, kain baju kurung yang ketat sebab saya dah makin membesar pun dah jadi makin longgar, peha betis makin fit, paling ketara wajah dah kurang tembam.. Macam pelik juga la ye sbb biasa duk rasa ada isi-isi je kat badan, wajah chubby n double chin.., skrg dah makin nampak rahang. Saya timbang, ada penururunan dalam 2.5kg. Ini semua tanpa diet/ kawalan makan/ skip nasi ke apa. Saya makan macam biasa. Cuma kadang-kadang malam tu kalau dah lewat sangat habis mengurut dan saya nak elak buat minuman manis, saya gantikan dgn Nutrimeal Shake dari USANA perisa strawberry. Dan jika saya rasa ada perasaan nak dapat gastrik bila bangun dari tidur, perut dah asid semacam dan nak elak buat minuman manis/ kunyah yang bukan-bukan, saya shake juga Nutrimeal ni dan campur sesudu Alpha Lipid SDII... Memang rasa selesa dan kenyang perut.

Masing2 dah tahu kan apa kebaikan Omega ni. Kalau dalam Shaklee, Omega Guard tu famous, kalau dalam Elken, ada EPA. Semua ini adalah minyak ikan yang diproses secara semulajadi tanpa bahan kimia yang memudaratkan. Semua produk ni bagus cuma berbeza kandungan setiap pil. USANA dan Elken pil nya lebih kurang sama saiz manakala Shaklee kecil sedikit dan bilangan dilebihkan. Harga, lebih kurang sama. Benefit pun sama, cuma saya suka double kan dos USANA tu utk kesan lebih cepat. Manakala saiz Shaklee ni dia mudah nak bagi kanak-kanak makan sebab saiz kecil. Kalau USANA, kena cucuk bagi keluar minyak dan bagi kanak2 hisap, atau titik ke dalam susu/ minuman mereka. Teknologi sekarang ni mampu hilangkan bau hanyir minyak ikan. Jadi, tak ada masalah nak telan berbanding yang tidak berjenama. Bila nak pilih minyak ikan ni, kena alert pasal kandungan merkuri. Jenama pelbagai yang dijual di farmasi tu kadangkala prosesnya tidak mengambil kira isu kandungan merkuri, namun yang USANA/ ELKEN/ SHAKLEE saya percaya bebas dari merkuri dan selamat untuk diamalkan setiap hari.

Satu lagi, saya sarankan 1 botol Omega ni disimpan di rumah anda. Ini kerana, minyak ikan ni amat membantu kalau terasa nak kena cirit birit atau keracunan makanan terutama pada musim kenduri dan perayaan. Standby kan sebotol dan terus makan setiap hari pada musim ni sebagai pencegahan. Tapi, katakanlah anda tak istiqomah dan standby je Omega macam pil chiki teck aun, bila terasa jer nak kena cirit birit (angin/ memulas/ mual) terus makan je Omega ni sebelum berlaku cirit birit yang teruk. Insya Allah, tak sempat terjadi jika anda dah prevent. Saya pun belum study apa kandungan dalam Omega yang dapat meneutralkan asid dalam perut ni, tapi experience saya sendiri.. Entah kenapa suatu hari tergerak nak makan EPA Elken (masa tu saya jadi Ahli Elken pd tahun 2000++) masa perut dah mula cirit pada malam hari raya, saya cuba telan sebiji EPA tu dan cirit tak berpanjangan. Mulai selepas tu memang saya standby lah omega ni selalu dan memang beberapa kali nak terkena cirit/ salah makan/ mual, terus saya telan je omega ni, alhamdulillah.. tak sempat terjadi lah peristiwa perit itu. Hehe.

Okay, kepada sesiapa yang berminat nak order Biomega III USANA ni, maklumat seperti berikut:-
  • Contains 1,000 mg of fish oil.
  • Free of heavy metals and mercury.
  • Supports cardiovascular health.
  • May help the dieter achieve improved overall health.
Produk: Biomega III Plus
Kandungan: 56 Softgel Capsules
Retail: RM 118
Harga di UWP: **RM 105
Postage (City-Link Express Direct from HQ): RM 10
SMS/ Whatsapp Ayue +6012 969 3077 untuk pembelian
**Diskaun RM 13 - Tawaran Terhad selagi dipamerkan di sini


FAKTA PEMAKANAN
Saiz Hidangan 1 Kapsul

KONSENTRAT MINYAK IKAN
(Membekalkan 600mg jumlah Asid-asid Lemak Omega-3, 290mg EPA Selaras & 235mg DNA Selaras)
Sumber: Ikan Bills & Sardin
1000 mg

VITAMIN D3
(Membekalkan 2.5ug (100IU) cholecalciferol) 1.00 mg 25%

KHASIAT
-Ketegangan otot (untuk saraf)
-Anti Inflamasi (keradangan)
-Mencuci pembuluh darah & salur darah
-Mengawal kesihatan jantung
-Mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis
-Migraine, Kanser payudara, stroke
-Mengandungi EPA & DHA untuk sokongan otak
-Sangat sesuai bagi ibu mengandung

No comments: