Setiap hari bekerja dalam suasana berpenghawa dingin.
Sekurang-kurangnya 8 jam sehari, kalau di rumah tidur pakai aircond, lg
lah bertambah masa..
Urat saraf akan lebih mudah terasa sengal dan badan masuk angin dalam suasana berpenghawa dingin...
Salah satu simptom ialah terasa "lenguh lumpuh" dari peha ke betis..
terutama semasa hampir nak datang haid, atau bila2 masa saja... Bila
cari urat untuk dilegakan sakit tu, tak jumpa!!! Sakitnya tuh, nun di
dalammmm tak tercapai.. Maka.. di sini saya kongsikan cara stretching...
1. Gunakan 2 kerusi sama aras kedudukan/ ketinggian... Kalau tak ada kerusi boleh guna drawer atau kotak asal sama tinggi dgn kedudukan punggung semasa duduk.
2. Lunjurkan kedua2 kaki ke 1 kerusi yang sama kedudukan/ ketinggian.. Lunjurkan hanya himgga paras tumit sahaja, jangan sampai betis. Biarkan yg selebihnya itu "tergantung" tanpa apa2 di bawahnya.
3. Buat inner/ internal/ self stretching... Luruskan belakang bdn pd kerusi yang anda duduk, dlm keadaan rilex dan tenangkan fikiran... kawal nafas, fokus dan tangkap pada tmpt lenguh itu, balas rasa sakit dgn kawalan nafas dan lepaskan perlahan2.. ulang sehingga terasa lega...
Sesiapa yang sentiasa amal zikir nafas, anda tentu faham "rasa"Nya mcm mana... nikmat...
Sedut nafas dgn "Hu", Lepas nafas dengan "Allah" @ "Ahh"... ulang.... seeloknya biar hidup selalu jangan dibiarkan putus...
(Saya tidak berminat untuk terangkan lanjut/ berbahas tentang zikir nafas di sini memandangkan post ini khas untuk inner stretching melalui kawalan pernafasan)
Bagi mereka yang boleh tangkap maksud teknik yg diterangkan tu dan menguasainya (praktis dan mahir), anda boleh aplikasikan utk backpain (lower + upper), sakit belikat dan kebanyakan semua jenis sakit urat yang lain (kecuali seliuh/ urat selisih masih perlu urut).. Insya Allah nanti akan burp angin yang tersekat dan dpt melancarkan perjalanan darah.. Kalau boleh master teknik stretching dgn kawalan nafas ni, tak perlu nak kerap berurut sangat.. insya Allah anda boleh merawat diri sendiri...
Sejak menjadi therapist urut pada 2012 sehingga sekarang, saya tidak pernah pergi berurut walaupun kadangkala teringin juga badan sendiri nak diurut. Jika sakit badan, saya akan terus aplikasikan self-stretching ini dengan segera. Alhamdulillah, ia memberi kelegaan seperti selepas diurut. Untuk sakit yang agak teruk seperti backpain yg menjalar ke belikat, pinggul, peha, akan terasa juga healing-crisis seperti lebam2 di dalam selepas buat stretching ni, tapi anda jangan risau. Sama juga keadaan selepas diurut, ada bekas2 angin ditolak/ dipecahkan keluar, begitu juga dgn teknik ni. Ia akan hilag dlm masa 3 hari tetapi lenguh/ sakit asal itu akan cepaat lega dan beransur hilang selepas stretching ni dibuat.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment