Sakit2 lain yang berkaitan berpunca dari urat yang sama:
- lenguh lumpuh dari peha ke betis..
- tidak boleh berdiri statik yang lama di suatu tempat - rasa nak rebah
- terasa betis sangat lenguh dan tidak selesa bila duduk lama di atas kerusi.
- rasa sengal dan kebas yang teramat halus dari urat di dalam peha
[[All photos are for educational purposes only]]
beberapa bulan kebelakangan ini, saya sendiri mengalami lenguh di
kawasan pergelangan peha ke bawah, lenguh ini lebih teruk menjelang
waktu hampir haid. Ia bukan kerana saya kurang nutrient dalam badan
kerana saya memang seorang yang amat tegar dan istiqomah mengamalkan
pelbagai jenis supplements. Tetapi kenapa ni masih rasa sakit urat ni...
Saya cuba buat strecthing seperti biasa, ia akan hilang sekejap..
kemudian dtg semula. Sakit ini akan menjalar hingga ke betis, tumit dan
tapak kaki. Walaubagaimanapun saya tidak rasa sakit dalam perut seperti
senggugut. Tetapi perut saya memang keras dan tegang kerana ketulan
angin. Kesibukan kerja di pejabat dan masa yang penuh dengan mengurut
membuatkan saya tidak sempat untuk fokus kepada urat mana yang mengalami
masalah. Lagipun, saya tidak membuat sebarang kerja berat seperti
mengangkat barang dsb, hanya mengemop/ menyapu dan mengemas rumah
sahaja. Sepatutnya tidak menyebabkan masalah pada urat.
Sakit ini terasa dari dalam... yang dalam sangat. Sehingga fokus
stretching pun tak dapat nak tangkap urat ni. Kadangkala bila berdiri
lama yang statik di atas simen spt membasuh pinggan, terasa mcm nak
lumpuh.. jadi, ia berkait dengan saraf.. saraf ni urat halus...
strecthing boleh dilakukan kalau urat sekadar tegang + masuk angin. Kalau urat terseliuh, bertindih., tersepit, lari landasan, tetap kena urut juga. semalam saya punyai sedikit masa luang dan sebelum tidur, saya menyapu balm panas sambil mengurut kaki sendiri.
Rupanya dalam tidak melalukan sebarang kerja berat pun, urat peha dalam saya tegang yang teramat. patutlah perut pun jadi keras dan angin tebal.. urat tersebut menarik perut/ rahim turun ke bawah bila tegang. ada juga urat selisih/ seliuh/ lari landasan pada sebelah peha.. dan saya cungkil semula semuanya keluar.. hingga ke pangkal peha, pinggul.. semuanya tegang dan kembang. mungkin kerana saya banyak lakukan kerja mengemas rumah kebelakangan ni untuk persediaan penyewa baru. walaupun bukan kerja berat, urat-urat haluss boleh jadi tegang dan selisih..
Alhamdulillah pagi ni saya bangun, kaki dah lembut dan ok. Dah tak ada lenguh2 lagi. Kadang2, saya diberikan dahulu merasai sakit sendiri sebagai persediaan untuk merawat pelanggan yang akan datang selepas itu. Insya Allah.. begitulah selalu. Diberi rasa sendiri dahulu baru boleh bantu orang lain...
Rujuk jadual di blog: http://urutwarisanputrajaya.1blog.my?page_id=5 untuk maklumat lanjut dan tempahan.

No comments:
Post a Comment