Friday, March 20, 2015

Kaki Lenguh Lumpuh/ Perut Cekang

Punca perut cekang di kalangan wanita (selain disebabkan mengandung) ialah dari otot peha dalam yang banyak angin & urat saraf yang tegang...

Sakit2 lain yang berkaitan berpunca dari urat yang sama:
- lenguh lumpuh dari peha ke betis..
- tidak boleh berdiri statik yang lama di suatu tempat - rasa nak rebah
- terasa betis sangat lenguh dan tidak selesa bila duduk lama di atas kerusi.
- rasa sengal dan kebas yang teramat halus dari urat di dalam peha

[[All photos are for educational purposes only]]























beberapa bulan kebelakangan ini, saya sendiri mengalami lenguh di kawasan pergelangan peha ke bawah, lenguh ini lebih teruk menjelang waktu hampir haid. Ia bukan kerana saya kurang nutrient dalam badan kerana saya memang seorang yang amat tegar dan istiqomah mengamalkan pelbagai jenis supplements. Tetapi kenapa ni masih rasa sakit urat ni...

Saya cuba buat strecthing seperti biasa, ia akan hilang sekejap.. kemudian dtg semula. Sakit ini akan menjalar hingga ke betis, tumit dan tapak kaki. Walaubagaimanapun saya tidak rasa sakit dalam perut seperti senggugut. Tetapi perut saya memang keras dan tegang kerana ketulan angin. Kesibukan kerja di pejabat dan masa yang penuh dengan mengurut membuatkan saya tidak sempat untuk fokus kepada urat mana yang mengalami masalah. Lagipun, saya tidak membuat sebarang kerja berat seperti mengangkat barang dsb, hanya mengemop/ menyapu dan mengemas rumah sahaja. Sepatutnya tidak menyebabkan masalah pada urat.

Sakit ini terasa dari dalam... yang dalam sangat. Sehingga fokus stretching pun tak dapat nak tangkap urat ni. Kadangkala bila berdiri lama yang statik di atas simen spt membasuh pinggan, terasa mcm nak lumpuh.. jadi, ia berkait dengan saraf.. saraf ni urat halus...

strecthing boleh dilakukan kalau urat sekadar tegang + masuk angin. Kalau urat terseliuh, bertindih., tersepit, lari landasan, tetap kena urut juga. semalam saya punyai sedikit masa luang dan sebelum tidur, saya menyapu balm panas sambil mengurut kaki sendiri.

Rupanya dalam tidak melalukan sebarang kerja berat pun, urat peha dalam saya tegang yang teramat. patutlah perut pun jadi keras dan angin tebal.. urat tersebut menarik perut/ rahim turun ke bawah bila tegang. ada juga urat selisih/ seliuh/ lari landasan pada sebelah peha.. dan saya cungkil semula semuanya keluar.. hingga ke pangkal peha, pinggul.. semuanya tegang dan kembang. mungkin kerana saya banyak lakukan kerja mengemas rumah kebelakangan ni untuk persediaan penyewa baru. walaupun bukan kerja berat, urat-urat haluss boleh jadi tegang dan selisih..

Alhamdulillah pagi ni saya bangun, kaki dah lembut dan ok. Dah tak ada lenguh2 lagi. Kadang2, saya diberikan dahulu merasai sakit sendiri sebagai persediaan untuk merawat pelanggan yang akan datang selepas itu. Insya Allah.. begitulah selalu. Diberi rasa sendiri dahulu baru boleh bantu orang lain...

Rujuk jadual di blog: http://urutwarisanputrajaya.1blog.my?page_id=5 untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Tuesday, March 17, 2015

Rawat Carpal Tunnel Syndrome melalui Urutan Tradisional

Carpal Tunnel Syndrome (CTS)
JANGAN TERUS BUAT PEMBEDAHAN...
BOLEH DIATASI DENGAN URUTAN TRADISIONAL..



Geli tengok gambar? Jangan geli dulu.
anda mungkin selama ini dihantui sakit ini tanpa sedar..
realitinya..tengok di dalam diri anda ada penyakit apa..

Gejala kebas pergelangan tangan dan jari.
Punca: Postur badan yang salah
Penggalak/ penambah penyakit: terlalu lama menggunakan komputer, banyak menggunakan smartphone touchscreen dan gadjet, banyak melakukan aktiviti dengan tangan/ jari dan air seperti membasuh pinggan mangkuk, membasuh pakaian dengan tangan.. menyebabkan gejala menjadi semakin teruk kerana urat yang kembang menjadi lebih mudah kebas dan sakit..
kawasan sekitar yang turut terjejas: belakang badan, belikat, bahu.. (kerana itu menjalar last sekali sampai jari.. jari tu lastt.. bukan punca..)

akibat: rasa kebas menyebabkan sukar nak buat kerja2 yang menggunakan tangan dan jari, susah nak guna mouse/ keyboard, susah nak memasak (menggaul makanan dlm kuali yang besar), sukar nak potong/ hiris bawang.. sukar nak pegang pisau nanti terjatuh.. rasa pegang barang semua nak jatuh sebab kebas.. mengganggu kehidupan seharian..

Rawatan biasa di hospital: fisioterapi.. kalau semua sesi fisio gagal, maka doktor akan cadangkan pembedahan sebagai jalan terakhir.

Malangnya.. ramai yang telah membuat pembedahan, sakit akan datang semula tak lama selepas itu. Kenapa?

Selepas bedah sebelah tangan, tangan yang satu lagi juga mengalami simptom yang sama. Takkan nak bedah lagi? Tapi possibility akan berulang masih ada..

Bagaimana cara nak merawat sindrom ini?
PUNCA UTAMA CTS ini ialah dari pertembungan/ perselisihan beberapa urat saraf halus di bahagian belakang badan.. di kawasan bawah tulang belikat, dan berhampiran celah tetulang belakang. Urat halus ini perlu dicungkil dan dibetulkan dengan beberapa sesi urutan yang berterusan, digandingkan dengan berpantang pergerakan dan aktiviti dalam postur badan yang betul sehingga ia kembali lurus sepenuhnya. Selepas kembali lurus, kena berpantang segala aktiviti sekurang2nya 6 bulan. Boleh pakai bengkung yang support tulang belakang supaya urat ini kekal pada kedudukan asal dan tidak "gelecoh"/ slip lagi...

Sebab itu, kalau operate pun masalah masih berulang kerana punca utama perselisihan urat tidak diselesaikan...

Ramai pelanggan saya alami masalah ini, dan dalam proses pra nak dapat CTS.. sila atasi dari awal. Proses cungkil urat ni memang sakit. tapi kena tahanlah sikit sakit untuk kesembuhan sepenuhnya dan mengelakkan kena operate tapi akan berulang tu.. puncanya dari pangkal tulang belakang berhampiran pinggang.. bila postur badan salah semasa menjalankan aktiviti seharian, maka perselisihan urat berlaku dan menjalar ke atas, ke belikat, bahu, lengan, dan akhirnya pergelangan tangan dan jari.

Untuk tempahan urut, sila rujuk jadual terkini, baca segala kenyataan terlebih dahulu kemudian whatsapp/ call/ msg ayue 012-9693077

Wednesday, March 11, 2015

Rawat sendiri lenguh/ sakit melalui stretching

Setiap hari bekerja dalam suasana berpenghawa dingin. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari, kalau di rumah tidur pakai aircond, lg lah bertambah masa..

Urat saraf akan lebih mudah terasa sengal dan badan masuk angin dalam suasana berpenghawa dingin...

Salah satu simptom ialah terasa "lenguh lumpuh" dari peha ke betis.. terutama semasa hampir nak datang haid, atau bila2 masa saja... Bila cari urat untuk dilegakan sakit tu, tak jumpa!!! Sakitnya tuh, nun di dalammmm tak tercapai.. Maka.. di sini saya kongsikan cara stretching...

1. Gunakan 2 kerusi sama aras kedudukan/ ketinggian... Kalau tak ada kerusi boleh guna drawer atau kotak asal sama tinggi dgn kedudukan punggung semasa duduk.

2. Lunjurkan kedua2 kaki ke 1 kerusi yang sama kedudukan/ ketinggian.. Lunjurkan hanya himgga paras tumit sahaja, jangan sampai betis. Biarkan yg selebihnya itu "tergantung" tanpa apa2 di bawahnya.

3. Buat inner/ internal/ self stretching... Luruskan belakang bdn pd kerusi yang anda duduk, dlm keadaan rilex dan tenangkan fikiran... kawal nafas, fokus dan tangkap pada tmpt lenguh itu, balas rasa sakit dgn kawalan nafas dan lepaskan perlahan2.. ulang sehingga terasa lega...

Sesiapa yang sentiasa amal zikir nafas, anda tentu faham "rasa"Nya mcm mana... nikmat...
Sedut nafas dgn "Hu", Lepas nafas dengan "Allah" @ "Ahh"... ulang.... seeloknya biar hidup selalu jangan dibiarkan putus...

(Saya tidak berminat untuk terangkan lanjut/ berbahas tentang zikir nafas di sini memandangkan post ini khas untuk inner stretching melalui kawalan pernafasan)

Bagi mereka yang boleh tangkap maksud teknik yg diterangkan tu dan menguasainya (praktis dan mahir), anda boleh aplikasikan utk backpain (lower + upper), sakit belikat dan kebanyakan semua jenis sakit urat yang lain (kecuali seliuh/ urat selisih masih perlu urut).. Insya Allah nanti akan burp angin yang tersekat dan dpt melancarkan perjalanan darah.. Kalau boleh master teknik stretching dgn kawalan nafas ni, tak perlu nak kerap berurut sangat.. insya Allah anda boleh merawat diri sendiri...

Sejak menjadi therapist urut pada 2012 sehingga sekarang, saya tidak pernah pergi berurut walaupun kadangkala teringin juga badan sendiri nak diurut. Jika sakit badan, saya akan terus aplikasikan self-stretching ini dengan segera. Alhamdulillah, ia memberi kelegaan seperti selepas diurut. Untuk sakit yang agak teruk seperti backpain yg menjalar ke belikat, pinggul, peha, akan terasa juga healing-crisis seperti lebam2 di dalam selepas buat stretching ni, tapi anda jangan risau. Sama juga keadaan selepas diurut, ada bekas2 angin ditolak/ dipecahkan keluar, begitu juga dgn teknik ni. Ia akan hilag dlm masa 3 hari tetapi lenguh/ sakit asal itu akan cepaat lega dan beransur hilang selepas stretching ni dibuat.

Selamat mencuba.

Sunday, March 8, 2015

Sihat dan Langsing dengan BiOmega™ Usana

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak cerita pengalaman sendiri selepas mengamalkan Biomega III dari Usana. Asalnya saya terjebak dalam USANA ni kerana nak try set kurus (Nutrimeal Shake + Essentials) tapi saya tak berjaya kurus sangat pun masa tu, asyik pening dan sakit kepala bila hanya boleh makan Apple utk try RESET programme tu. 5 day RESET tu dia claim akan hilang 3-5 kgs dlm 5 days.

Masa tu pun saya tak faham sangat ragam badan sendiri (bukan salah produk) dan juga bimbingan dari upline yang tak experience sendiri - dia pun kurus, hehe. Cuma, gastrik saya ni jenis memang kena makan heavy juga pagi, kalau tak, badan akan masuk angin dan jadi sakit kepala. Maka, 10 days RESET tu memang membazir sajalah masa tu sebab saya memang jadi sakit kepala je.. Berat ada turun sedikit, okaylah. Tapi yang paling memikat hati masa tu vitamin Essentials tu (AO Pro dan Chelated Minerals) sebab bila makan vitamin ni, rasa energetic sedikit dan backpain yang saya alami sebelum tu makin berkurang. So, saya sign up jadi member. Ambil pakej yang boleh cuba banyak produk (hampir semua).

Saya ni jenis yang memang kawal pemakanan sebab nak kawal berat badan. Sejak 2003 lagi memang jenis diet tak ambil sangat nasi, tp situasi sebagai pelajar, tak boleh nak elak juga. Bila naik berat, saya diet semula, on dan off. Diet ni bukan untuk kurus sangat tapi saya nak elak juga penyakit keturunan seperti kencing manis dan darah tinggi. Sementelah pula saya kena GDM masa mengandung dulu, lagi lah saya kawal karbohidrat. Selepas bersalin, GDM tu hilang. Tapi saya mesti kawal juga sebab risiko masih ada. Saya juga selalu membuat pemeriksaan kesihatan yang percuma di mana-mana booth pameran kalau saya terserempak, sebab nak monitor sendiri paras gula tu, memang OK.. tapi tahap kolesterol saya walaupun dgn keadaan selalu diet ni, level kolesterol sentiasa tahap borderline (4.9). Tu masa saya belum ambil USANA.

Sebelum saya amalkan Biomega III USANA ni, bila saya kerap makan nasi je berat badan mudah naik sedikit. Tapi bila saya ambil Biomega III, berat badan maintain walaupun ambil nasi. Dan paling saya suka, bila mengurut pelanggan, saya mudah burp kan angin yang tersekat, jadi ia taklah mengganggu dan terkumpul dalam badan saya. Dua sebab ini saja yang buatkan saya konsisten dengan Biomega III ni. Masa tu tahun 2012.

Pada Mac 2013, jabatan lama saya telah ditawarkan menjadi perintis program dari Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya. Ada dana besar yang diberikan kepada jabatan untuk program menyeluruh bagi mereka yang terpilih, terdiri dari mereka yang Obese dan overweight. Masa tu berat saya 69kg... Obese tahap 1 rasanya semasa penilaian tu, dan paling saya terkejut, walaupun saya obese tetapi semasa pemeriksaan kolesterol, dah turun dari 4.9 kepada 3.8! Fuh... dulu masa diet beria-ia tapi tanpa sebarang supplements, kolesterol saya borderline tp skrg takdelah diet sangat, hanya kawal saja pemakanan dan obese pula tu, tahap kolesterol dah cun. Saya syak tentu kerana Omega tu sebab memang matlamat utama Omega tu adalah untuk pengawalan kolesterol dalam badan.. So, walaupun saya obese tapi saya puas hati!

Saya mengikuti program tersebut dan dalam masa beberapa bulan, berat badan saya turun kepada 62kg. Kiranya agak banyak juga ni. Masa ni dah mula strict sikit. Penurunan tu dalam tempoh 2-3 bulan. Saya tak sempat nak dapat hadiah antara top 10 pemenang program.. patutnya dapat, hehe.. masa tu saya dah fly ke UK masa pemenang diumumkan.

Masa saya ke UK, saya bawa supplements tapi tak istiqomah pula. Kesan dia, memang berat badan naik mendadak sebab susah nak kawal makan nasi dalam cuaca sejuk. Nak adapt tu satu hal, perut asyik berkerongcong dan dalam kepala asyik nampak nasi saja. Sudahnya, saya naik juga berat badan selepas setahun di sana.

Dan sekarang ni sejak balik ke Malaysia, saya start semula makan Biomega III ni. Saya tak semak lagi tahap kolesterol terkini. Setakat ni saya dah habiskan dalam 1 botol Biomega III (ada 56 kapsul) kadang2 saya makan 2 biji sehari (sekaligus samada waktu pagi atau malam) atau 4 biji (2 pagi dan 2 malam) terutama selepas makan dan sebelum mengurut pelanggan supaya angin mudah dikeluarkan. Tak ada langsung niat nak kurus masa ni...



Saya perasan bila dah habis 1 botol dalam sebulan kebelakangan ni, seluar saya makin longgar, kain baju kurung yang ketat sebab saya dah makin membesar pun dah jadi makin longgar, peha betis makin fit, paling ketara wajah dah kurang tembam.. Macam pelik juga la ye sbb biasa duk rasa ada isi-isi je kat badan, wajah chubby n double chin.., skrg dah makin nampak rahang. Saya timbang, ada penururunan dalam 2.5kg. Ini semua tanpa diet/ kawalan makan/ skip nasi ke apa. Saya makan macam biasa. Cuma kadang-kadang malam tu kalau dah lewat sangat habis mengurut dan saya nak elak buat minuman manis, saya gantikan dgn Nutrimeal Shake dari USANA perisa strawberry. Dan jika saya rasa ada perasaan nak dapat gastrik bila bangun dari tidur, perut dah asid semacam dan nak elak buat minuman manis/ kunyah yang bukan-bukan, saya shake juga Nutrimeal ni dan campur sesudu Alpha Lipid SDII... Memang rasa selesa dan kenyang perut.

Masing2 dah tahu kan apa kebaikan Omega ni. Kalau dalam Shaklee, Omega Guard tu famous, kalau dalam Elken, ada EPA. Semua ini adalah minyak ikan yang diproses secara semulajadi tanpa bahan kimia yang memudaratkan. Semua produk ni bagus cuma berbeza kandungan setiap pil. USANA dan Elken pil nya lebih kurang sama saiz manakala Shaklee kecil sedikit dan bilangan dilebihkan. Harga, lebih kurang sama. Benefit pun sama, cuma saya suka double kan dos USANA tu utk kesan lebih cepat. Manakala saiz Shaklee ni dia mudah nak bagi kanak-kanak makan sebab saiz kecil. Kalau USANA, kena cucuk bagi keluar minyak dan bagi kanak2 hisap, atau titik ke dalam susu/ minuman mereka. Teknologi sekarang ni mampu hilangkan bau hanyir minyak ikan. Jadi, tak ada masalah nak telan berbanding yang tidak berjenama. Bila nak pilih minyak ikan ni, kena alert pasal kandungan merkuri. Jenama pelbagai yang dijual di farmasi tu kadangkala prosesnya tidak mengambil kira isu kandungan merkuri, namun yang USANA/ ELKEN/ SHAKLEE saya percaya bebas dari merkuri dan selamat untuk diamalkan setiap hari.

Satu lagi, saya sarankan 1 botol Omega ni disimpan di rumah anda. Ini kerana, minyak ikan ni amat membantu kalau terasa nak kena cirit birit atau keracunan makanan terutama pada musim kenduri dan perayaan. Standby kan sebotol dan terus makan setiap hari pada musim ni sebagai pencegahan. Tapi, katakanlah anda tak istiqomah dan standby je Omega macam pil chiki teck aun, bila terasa jer nak kena cirit birit (angin/ memulas/ mual) terus makan je Omega ni sebelum berlaku cirit birit yang teruk. Insya Allah, tak sempat terjadi jika anda dah prevent. Saya pun belum study apa kandungan dalam Omega yang dapat meneutralkan asid dalam perut ni, tapi experience saya sendiri.. Entah kenapa suatu hari tergerak nak makan EPA Elken (masa tu saya jadi Ahli Elken pd tahun 2000++) masa perut dah mula cirit pada malam hari raya, saya cuba telan sebiji EPA tu dan cirit tak berpanjangan. Mulai selepas tu memang saya standby lah omega ni selalu dan memang beberapa kali nak terkena cirit/ salah makan/ mual, terus saya telan je omega ni, alhamdulillah.. tak sempat terjadi lah peristiwa perit itu. Hehe.

Okay, kepada sesiapa yang berminat nak order Biomega III USANA ni, maklumat seperti berikut:-
  • Contains 1,000 mg of fish oil.
  • Free of heavy metals and mercury.
  • Supports cardiovascular health.
  • May help the dieter achieve improved overall health.
Produk: Biomega III Plus
Kandungan: 56 Softgel Capsules
Retail: RM 118
Harga di UWP: **RM 105
Postage (City-Link Express Direct from HQ): RM 10
SMS/ Whatsapp Ayue +6012 969 3077 untuk pembelian
**Diskaun RM 13 - Tawaran Terhad selagi dipamerkan di sini


FAKTA PEMAKANAN
Saiz Hidangan 1 Kapsul

KONSENTRAT MINYAK IKAN
(Membekalkan 600mg jumlah Asid-asid Lemak Omega-3, 290mg EPA Selaras & 235mg DNA Selaras)
Sumber: Ikan Bills & Sardin
1000 mg

VITAMIN D3
(Membekalkan 2.5ug (100IU) cholecalciferol) 1.00 mg 25%

KHASIAT
-Ketegangan otot (untuk saraf)
-Anti Inflamasi (keradangan)
-Mencuci pembuluh darah & salur darah
-Mengawal kesihatan jantung
-Mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis
-Migraine, Kanser payudara, stroke
-Mengandungi EPA & DHA untuk sokongan otak
-Sangat sesuai bagi ibu mengandung

Sunday, March 1, 2015

USANA Sense Skin Care, Poly C dan Essentials

Assalamualaikum.

Sejak menjadi ahli produk USANA pada 2012, saya telah mencuba pelbagai rangakaian produk USANA. Sense Gentle Daily Cleanser, Hydrating Toner dan Rice Bran Polisher (scrub) adalah kegemaran saya untuk kesihatan kulit wajah. Sejak saya menggunakan USANA, terasa pencuci muka lain tak boleh menandingi kepuasan seperti menggunakan Sense, masa di UK dulu pun saya sanggup order berbotol-botol untuk buat stok dan minta kawan pos kerana effect memakai pencuci muka berkimia jenama lain tu lagi teruk masa kat sana, kulit wajah jadi kering dan menggelupas serta timbul bintik-bintik. Rangakaian Sense USANA tidak mengandungi bahan kimia dan selamat untuk kulit. 



Memang saya cari Sense semula lah. Walaupun di UK boleh order je kerana keahlian Usana adalah international. tapi proses penukaran alamat sementara tu agak leceh juga. Harganya standard dan sama saja, cuma kalau order dari Malaysia, saya tambah kos pengeposan. Dan rangakaian produk yang dipasarkan di Malaysia kebiasannya dah mendapat sijil Halal Jakim, jadi saya tak was-was. Produk Usana yg dibawa masuk ke Malaysia mempunyai Sijil Kelulusan KKM dan juga Sijil Halal Jakim, kadangkala untuk pasaran negara yang ramai pengguna Muslim, memang company akan dapatkan pengesahan khas dan kandungan memang khas dari bahan halal berbanding negara lain kerana pengguna sensitif terhadap bahan yang digunakan.



Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan Vitamin C - Poly C USANA. Selain bertujuan meningkatkan sistem immunisasi badan, Poly C juga mencantikkan kulit. Lately ni dengan cuaca panas dan tidak menentu, berhabuk dan berdebu, saya mudah mendapat tonsil. Masa ni pemakanan Poly C amat membantu untuk meredakan sakit dan bengkak serta memulihkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Saya cuba untuk tidak bergantung kepada antibitotik seperti sebelum ini dan berpantang memakan makanan berminyak, pedas dan lebihkan pengambilan Vit C dan mengambil dengan lebih kerap ketika mempunyai masalah tonsil, dan Alhamdulillah setelah 6 hari saya cuba mengawal pemakanan, minum air mineral sahaja dan makan Vit C dengan lebih kerap, tonsil saya semakin hilang. Secara tak langsung Poly C menggantikan Dos Antibotik yang saya biasa ambil. Saya berpantang di atas saranan Doktor kerana tonsil saya masih belum teruk, belum pada tahap bernanah atau berdarah, beliau enggan memberikan antibiotik untuk mengelakkan sistem badan saya immune dengan antibiotik yang kemungkinan akan menimbulkan masalah lain di masa hadapan. Alhamdulillah... Hari ini saya rasa masalah tonsilitis telah beransur hilang.


Saya notice, kulit wajah turut menjadi halus, mulus, tidak kusam dan lebih cerah semasa saya mengamalkan pemakanan Poly C dengan lebih kerap ni. Pelanggan urut saya juga, dari dulu sentiasa bertanya, apakah saya pakai pada wajah dan apa yang saya makan untuk hasil kulit yang licin dan halus. Jawapan saya ialah Sense Skincare dan Poly C. Poly C ini alah "Optimiser", maksudnya, adalah untuk mengoptimumkan kesan kepada kulit. Maksudnya, Poly C hanya akan lebih berkesan jika dimakan bersama Essentials. Mengambil Essentials sahaja sebenarnya sudah memadai  sebagai vitamin dan mineral asas untuk badan kita. Tanpa Essentials, Poly C masih boleh berfungsi tetapi tidak fully optimised. Untuk melengkapkan kedua-dua fungsi, disarankan Poly C dimakan bersama Essentials, atau sekurang-kurangnya mengambil Essentials sekali sehari untuk kelancaran menyeluruh yang paling asas.


Ok. Cerita set Essentials pula. Essentials ni yang paling asas, mesti ambil dahulu berbanding dengan optimisers yang lain. Ia datang secara pakej 2 botol, AO Pro dan Chelated Minerals. Inilah permulaan saya kenal USANA dulu, backpain saya berkurang semasa ambil Essentials ni selama 10 hari. Saya juga punyai masalah kulit gatal dan allergic di celahan peha, bila berpeluh memang tak tahan gatal nak menggaru, bila makan makanan yang tak fresh kat kedai, terus effect di celahan peha. Kulit yang asalnya tiada masalah jadi menggerutu dan hitam. Saya alami masalah ni sejak di zaman universiti (tahun 2004) dan sehingga 2012 baru saya dapat atasi masalah tersebut bila mengamalkan essentials sekali sehari. Gatal-gatal telah hilang, kulit menjadi licin dan lebih cerah. Alhamdulillah. Bila dah rasai sendiri kesan pengamalan yang berterusan, saya memang tak skip makan supplements ni.


Harga-harga produk di atas adalah seperti berikut:-
Sense Gentle Daily Cleanser: RRP RM 90
Sense Hydrating Toner: RRP RM 90
Poly C: RRP RM 110
Essentials: RRP RM 238
Postage (CityLink direct from HQ): RM 10

Pembelian melalui saya akan mendapat harga istimewa.
Diskaun di antara RM 10 - RM 50 bagi setiap item berdasarkan barangan yang terpilih.
Lebih banyak barang yang dibeli, lebih diskaun akan diberikan.
SMS/ Whatsapp +6012 969 3077 untuk membuat tempahan.